Intro

Khamis, 21 April 2011

Kenangan mase sekolah


Zaman persekolahan adalah memori yang paling best untuk di ingati.Mungkin ade yang berpendapat sebaliknye kerana kefahaman berbeza, tetapi saya yakin...tersangat yakin bahawa sebahagian besar dari spesis manusia ini pasti akan tersengih panjang apabila menceritakan pengalaman-pengalaman yang di lalui sejak darjah 1 sehingga lah ke tingkatan 5.Sungguh pun berlainan tempat, mase dan keadaan namun topiknya tetap same, tidak lari dari kisah kenakalan atau kenaifan yang menjadi hak asasi makhluk yang bernama budak sekolah.Tidak kisah cerita di sebat depan perhimpunan hari isnin..atau berdiri atas kerusi kerana tidak hafal sifir lapan.hahaha..mau pon di denda ketuk ketampi di depan kelas bersebelahan kelas kite apabila tidak siap kerja rumah atau tido di dalam kelas..atau boleh jadi juga kene basuh tandas kerana 3 kali datang lewat, semuanye sesuai untuk di jadikan bahan bercerita apabila sesekali terjumpe kawan lame.Sama ade di sedari atau tidak, proses ini sebenarnye memberikan impak yang cukup besar kepada setiap individu.Pengalaman-pengalaman yang best mau pon tidak best mengajar serta membentuk keperibadian dan membina keyakinan untuk kemudian nanti kita menghadapi sepak terajang dunia yang sebenar.Bagaimana dengan cikgu-cikgu kite? Cikgu yang mengajar sudah pasti menjadi watak paling penting dalam setiap memori.Mereka mengiringi zaman kita dengan penuh sabar dan dedikasi.Sehingga akhirnye kite benar-benar menjadi manusia.Sehingga kite seharusnye merasa kasih kepada mereka dan merinduinye setiap musim bercerita.Maka saya dedikasikan cerite ini kepada seluruh guru di semenanjung Malaysia dan seluruh budak sekolah atau budak yang pernah bersekolah baik di semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.Termasuk juga pembaca-pembaca blog saya.hehehehe..